PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN PERADABAN

 ISNIN, DISEMBER 27, 2021



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN PERADABAN ( BAB 6 )




KUMPULAN D DAQ1B

ETIKA DAN PERADABAN


MUHD MUSLEH BIN AHMAD DAMAHURI  (22DAQ21F1021)

SYLVESTER SHANE ANAK LIAS (22DAQ21F1061)

MUHAMMAD ZAMHARITH ADLI BIN ZAHRIN NIZAM (22DAQ21F1145)

NIK SHERA AINA BT NIK HALIZI (22DAQ21F1052)

NUR SHAFIQAH SYAMSINA BT NOR HISHAM (22DAQ21F1124)


NAMA PENSYARAH : ROHANA BINTI NAWI 


                                                                    ISI KANDUNGAN




6.1 SEJARAH , DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN.


         


Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.


           Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia telah digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. Perlembagaan digubal di Parlimen denga tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat. 





6.2 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI.




MENGIKAT  MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN 

 

  • Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akal kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
  • Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
  • Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertaluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya


MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA.


       Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisyhtiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta ini Nampak berkesan Ketika pengurusan kes penularan Covid-19 di Malaysia.




MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

 


          Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain . Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.



MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM


          Contohnya perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10 ( Kebebasan Percakap Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).










6.3   KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI




   Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan.Ada yang wujud di peringkat makro , pertengahan dan mikro.







Ulasan